Cara memotong kuku jari tangan:
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus
melingkar ke arah kanan sampai kelingking yang kanan, terus disambung dari
kelingking kiri kembali ke ibu jari kiri dan berakhir di ibu jari kanan.
Cara memotong kuku jari kaki:
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri
sampai kelingking sebelah kiri.
Waktu memotong kuku:
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang
ertinya:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong
misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami
tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)
Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu
Hurairah Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
“Bersabda Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Siapa saja yang mandi pada
hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan
memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid,
dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian
dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam
keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan
sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at
sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)
Kesimpulan? Potong hari Jumaat, dan jangan
simpan lebih dari 40 hari.
Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam
keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau
mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum
dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan
kembali kepadanya dengan keadaan junub.