ADAB MEMAKAI PAKAIAN

1. Membaca Bismillah sama ada ketika memakai atau menanggalkan pakaian.

Imam Nawawi berkata:

'Membaca Bismillah adalah digalakkan ketika melakukan segala amalan.'


2. Apabila memakai baju, penutup kepala atau serban, beliau membaca:





                         
(Direkodkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad, ditashih oleh Ibn Hibban dan Al-Hakim mengikut syarat Muslim dan ini dipersetujui oleh Az-Zahabi)


3. Memulakan memakai dengan anggota kanan berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

"Apabila kamu memakai pakaian hendaklah kamu memulakannya dengan anggota kanan."
                                                        
     (Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah.
                                                                        Hadis ini adalah hadis sahih)

4. Tanggalkan pakaian dan seluar dengan mendahului anggota kiri kemudian anggota
     kanan


Sunnah Rasulullah Ketika Memakai Kasut

Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila kamu memakai sepatu, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kamu menanggalkannya, hendaklah memulakannya dengan kaki kiri dan hendaklah kamu memakai semuanya (kedua-dua belah) atau menanggalkannya semuanya."


Sunnah memakai pakaian ini sentiasa berulang dalam kehidupan seorang Muslim.

Alangkah baiknya jika kita mengamalkan sunnah ini yang berulang-ulang, sudah tentu dapat menambahkan ganjaran pahala, dan segala gerak-geri serta tingkah laku kita berada dalam keadaan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu cara untuk memperoleh pahala dalam amalan-amalan itu kita hendaklah meniatkannya kerana ingin mengikuti sunnah .

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...